Thursday, July 3, 2008

menarik.....

Blogger Ahmad Chik said...

Mai la sembang. Nampaknya Pak Tam sesuai jadi ketua pemuda. Dia pejuang sejati UMNO dan tak pernah belot. Depa kata Adass dan Wadi 2004 pangkah PAS. Cikgu Shukri sifu Razak dah nyanyuk pangkah PAS 2008. Eloklah depa pangkat ikut Wom masuk ADIL. Pak Tam maintain. Selamat maju jaya Pak Tam.

June 22, 2008 5:52 PM

Delete
petikan di atas adalah dari komen dari salah satu tulisan di sini.... betui ka Wan Addas dan Wadi pernah belot? Rasanya semua orang menunggu penjelasan dari Wan Addas dan Wadi, dan juga dari Cikgu Shukri.... itupun kalau Wan Addas memang serius nak bertanding ketua pemuda umno pendang la...

apa-apa pun kita tunggu apa komen depa.... wallahualam

setakat ni la dulu...

6 comments:

Pak Malau said...

Blog ni cerita pasal politik dalaman Umno pendang saja ka?Atau lebih tepat lagi politik dalaman pemuda umno pendang saja, betui dak?


http://mykmutara.net

Tokmad Gasak said...

TOKMAD cadang orang besa buat kajian lebih sikit, semang semang dgn semua jenis manusia diPendang tu..belambak yang ready nak bagi info kt hangpa. Jangan dok cerita pasai pemuda saja..pi mai pai mai paktam..kok mana hangpa ni. takdak cerita lain ka ?
Awat hangpa takut kt rozai ka..cerita pasai rozai belambak..hangpa belasah dia laa kalau tak betui..banyak yg tak betui di pendang ni..

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Nak tuduh orang tu & orang ni belot dengan pangkah PAS sangat susah. Kita tidak boleh main teka dan buat kesimpulan berdasarkan cakap-cakap (hearsay) sahaja.

Ini kerana kesan daripada pertuduhan tanpa bukti itu akan menyebabkan huru-hara dalaman parti berkenaan dan akan memeriahkan lagi suasana ketidakstabilan sesama ahli. Yang rugi nanti adalah bangsa meLAYU DI HUJUNG MEKAR yang perpaduannya dah semakin hancur.

Soalnya sekarang, um-NO dah kalah dan seharusnya semua ahli dipertanggungjawapkan bukannya menuding jari kepada seseorang.

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: Fitnah lebih tajam dari mata pedang samurai...

DukeOfUMNO said...

Aku terpanggil untuk membuat komen di sini...sebab aku rasa hangpa dalam satu kelompok G20 Pemuda dibawah kepimpinan Rozai...

Hangpa dok sebut Pak Tam, Wan Adas...tapi hangpa tak sebut pun pasai Akrom, Cikgu Ramli, Tok Man dan sebagainya. Kelihatan tidak menyeluruh dan tidak merangkumi semua calon2 yang hangat diperkatakan. Seolah-olah, tak buat homework dan dalam tempurung sendiri.

Sorry to say, kekuatan Akrom tidak dapat dinafikan. Begitu juga dengan kemunculan Wan Adas di rumah Arih masa KJ pi Padang Terap - Pokok Sena. Wan Adas ada kaitan dengan KJ ka? Lagi pun Wan Adas ni kan pegawai kerajaan, dia tak buleh tunjuk aktif sangat! Takut Ust. Azizan buang dia pulak dari jadi timb majistrate syar'ie. Dulu Wan Adaih ni orang Tok Man, tapi lepaih Tok Man resign bahagian, dia pun resign. Family dia ni rata2 orang PAS. Lepaih kena cucuk ngan Najamudin, Wan Adaih mangkit nak bertanding Ketua Pemuda Bahagian...Tok Man restu ka dia nak cantaih Akrom?

Begitu juga Cikgu Ramli...pi la mengajaq elok2...satgi depa tukaq pi S'wak...tak ka haruuu...slow2 cikgu...

Akrom dilihat sebagai calon favorite KP Pendang. Dia dikenali oleh semua lapisan masyarakat di Pendang, tak kira umoq. Dia di fitnah tak mengundi masa PRU12, depa kata...dia bawak family di berjalan. Hakikatnya, Akrom mengundi! Aliby terbaik Akrom ialah bini Rozai! Lagi pun pi tanya kerani Bank Pertanian Pendang yang jaga kaunter mengundi hari tu. Pi la tanya...itu pun kalau tak percaya laaa...Akrom ni buleh diharap. "Jentera" dia pun buleh tahan.

Satu je yang aku tak suka politik di Pendang ni. Takdak semangat perjuangan Alip Ba Ta! Semuanya bersentimen individu peribadi. Sapa banyak duit bagi sponsor sana sini, maka dia la ketua! Sama ja semua...Cuma Tok Man je okay sikit, sebab dia huloq kat semua orang tak kira UMNO atau PAS. Dia huloq atas rasa simpati/sedekah dan tanggungjawab! Lain2 tu rasanya pasai kepentingan politik sendiri kot....

Rozai VS Tok Man. Najamudin mungkin tak jadi lawan. Akrom VS Wan Adas VS Cikgu Li VS Pak Tam? Ramai tu...dan aku rasa, mungkin Akrom menang. Aku tak "bias", cuma aku tanya pendapat org2 lama UMNO Pendang. Mak Lang Timah VS Suraya. Geng Veteran Wanita sure vote Mak Lang! Geng2 baru/muda Wanita nak Suraya pegang! Depa kata "Mak Lang dah lama dah...bagi la kat orang baru". Cuma Puteri ja yang compius sikit...Anak Mak Lang Timah VS ??? Aku kurang pasti...malaih nak komen! Aku dengaq Dek Wa akan masuk line kot...mungkin bukan Ketua Puteri...AJK je kot...Dek Wa ni berbakat...cuma masih baru...kalau diberi peluang...maybe buleh jadi assistant Suraya yang paling ngam!

permatabiru said...

Pagi Jumaat lalu aku ke pekan Pendang. Tujuannya nak meinjau perkembang politik di sini. Sumber maklumat politik terpenting di Pendang tentulah kedai bidi. Sedang mendengar bebarapa orang bercerita pasai tok man, tok rozai, din tahir dll, aku terpendang satu kumpulan budak2 perempuan di bawah bangunan UMNO pendang.

Cemuih dok dengar cerita yg sama pasai bakal calon yang nak bertanding di bahagian, aku beredar kpd kumpulan budak2 perempuan tadi dan bertanya, "buat apa ramai2 ini, ada perjumpaan puteri ka" jawab budak2 tu " nak belajar kelas ekonomi". Sapa yg buat kelas. Jwb mereka seorang AJK Pemuda, namanya Pakku.

Sapa dia Pakku ni, tengah org Pendang dok berebut nak jadi ketua umno bahagian, timbalan, naib ketua,ketua pemuda dll, tup2 ada lagi orang pendang dok buat program. Aku dengar pemuda pendang tak function dah. Keliru aku?

Terharu aku. Kalau sapa2 ada maklumat tentang budak ni tolong tulis sat.

Pmd said...

aku terjumpa ni tokmisai.wordpress.com mcm baru saja.org pas@pkr aku tak tau