Thursday, July 3, 2008

suasana di pendang....

minggu lalu saya lalui pekan pendang. nampaknya pendang makin naik dengan rumah-rumah kedai.... walaupun masih baru dan jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan kubang pasu, tapi pendang rasanya tak kalah kalau nak dibandingkan dengan sik, baling, padang terap dan kawasan yang sewaktu dengannya. pendang boleh maju.... itulah rasa saya. cuma...

Cuma kita semua kenalah buat kerja kuat, macam beberapa rakan pengunjung blog cakap, kita kena kurangkan politiking... baik politik sesama umno, ataupun politik pas umno.

Balai bomba? itu satu pemerhatian yang menarik... kenapa pendang tak ada balai bomba? barangkali sebab kat pendang jarang berlaku kebakaran kot? Cakap pasai bomba, saya rasa simpati jugak kepada rakan kita kakitangan bomba dari kubuq panjang, jaafar atau yon kodit... walaupun dia kerja bomba tapi rumah dia hanguih sebab di kubuq panjang cuma ada bomba sukarela... kalau ada bomba pendang... mungkin keadaaannya lain.

tapi bomba bukan setakat nak padan kebakaran saja... depa ada banyak kerja lain yang depa boleh bantu....

rasanya kalau ada kelapangan saya nak tanya kepada MP Pendang, Dr. Norhayati tu pasai apa pendang belum ada balai bomba....

1 comment:

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Berdasarkan maklumat yang belum dapat disahkan yang sampai ke pengetahuan saya mengatakan:

"Pada tahun 2007, KERAjaan telah meluluskan pembinaan beberapa buah balai bomba di Kedah. Malah di Langkawi pun akan dapat 2 balai di Pdg Mat Sirat & Air Hangat dengan penubuhan balai bomba sukarela di Pulau Tuba. Pembinaan ini termasuklah di Pendang dan beberapa daerah lagi seperi Kuala Kedah, Tunjang dll.

Malangnya akibat pertukaran tampuk pemerintahan, kelulusan tersebut dibekukan buat sementara waktu dengan alasan budget tiada"

Ada sesiapa yang boleh sahkan maklumat yang saya dapat ini? Kalau tak tepat maklumat ini, saya minta maaflah. Kalau betul, alangkah sedihnya bilamana keperluan rakyat boleh diabaikan kerana tidak menyokong KERAjaan B-Natang. Kira macam kasi denda la tuuu...

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: Anak tetap didenda kalau salah. Keperluan tetap diberi jugak...