Saturday, June 7, 2008

Ketua Pemuda Pendang... siapakah gamaknya gerangan?

Baru-baru ni, sorang kawan yang sangat mendalam jiwa perjuagannya terhadap masa depan melayu tanya saya, "Hang tau dak kata Wan Adas (orang Kubuq Panjang panggil Adaih... bukan Adoih ha :)) nak bertanding ketua pemuda?"

Saya tanya balik, "betui ka?" Dia kata, "ha, memang betui!"

Tiga hari lepas tu, saya ke Sri Malaysia Aloq Staq, terjumpa dengan orang lama UMNO Pendang yang sedang tunggu seseorang di lobby. Saya tanya dia, "betui ka Wan Adas nak tanding ketua Pemuda Pendang?"

"Betui la kot." Pendek. Jawapannya itu buat saya terpikiaq apa maksud kata-kata 'kot' itu. Dan tanpa saya tanya apa-apa lagi dia sambung,"Kalau nak banding dari segi politik Wan Adas tak boleh lawan Pak Tam. Tapi kalau dari segi pendidikan memang Wan Adas menang." Saya tanya apa sebab dia kata Pak Tam boleh menang dari segi politik.

"Pak Tam orang kenai, Wan Adas orang kurang kenai kecuali belah Kubuq Panjang, Bendang Raja dan belah-belah tu saja. Pak Tam ramai orang di Kolumpo yang kenai."

"Oooo..." saya hanya dapat angguk saja la. Dan orang lama UMNO Pendang ni terus sambung.

"Tapi kalau Wadi, anak penakan Cikgu Shukri tu masuk bertanding aku rasa dapat kat dia, cuma masalahnya dia ni kawan baik sejak mai sekolah rendah lagi dengan Wan Adas. Bangkali dia tak tanding kot kalau Wan Adas bertanding." Dia masih lagi 'kot'.

Jadi, yang ada dalam pengetahuan saya sekarang, bahawa yang pasti akan tanding ketua pemuda umno pendang ialah Pak Tam dan Wan Adas. Wadi saya tak pasti.

Tak kisahlah sapa nak bertanding pun. Yang nombor wahidnya, sapa-sapa pun yang nak jadi ketua pemuda umno pendang, dia mestilah orang yang boleh bekerja, orang yang boleh diterima oleh semua golongan masyarakat. Tak melampau kalau saya kata, orang tu mestilah boleh jadi macam tok man bedun, maksud saya boleh gebang dengan sapa saja, boleh tarik kain sapa-sapa saja, tapi orang yang kena tarik kain tu tak marah.... berupaya jadi pemimpin bukan kepada kelompok dan puak sendiri saja, tapi juga kepada semua rakyat Pendang. Maksud saya dia bukan saja harus disukai oleh puak-puak UMNO, tapi juga dia tidak dibenci oleh puak-puak PAS dan PKR. (Ada ka PKR di Pendang?)

Dan kata orang lama UMNO Pendang itu lagi, "Nak jadi pemimpin politik ni tak boleh kedekut."

Wan Adas dan Pak Tam ni, tak taulah pulak saya sama ada kedekut atau pemurah.

Setakat ni la dulu...

3 comments:

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Bertandinglah, berentaplah kerana menang atau kalah, sukar untuk mengikis keikhlas mereka.

Semoga duit yg ditabur nanti akan melebihi harga um-NO Kubang Pasu (RM200/=) selari dengan kenaikan harga barang.

Unknown said...

Paling layak pasti Pak Tam. Pengkhianat UMNO macam Addas mana sesuai. Mula balik kata lulus azhar tp mengaji tak habis. Pak Tam pejuang sebenar. Terus pejuangan Pak Tam demi menegak UMNO.

DukeOfUMNO said...

Pak Tam anak didik Rozai?...hehhehhe....buleh menang ka dia ni? Akrom tu hangap nak pi tauk tang mana?