Wednesday, June 4, 2008

salam permulaan....

Nampaknya lepas PRU12 la ni semua orang perlu diselamatkan.... orang-orang politik mahu menyelamatkan kedudukan masing-masing.... orang buat bendang dan motong getah pun nak kena selamatkan diri masing-masing.... TAPI adakah sapa-sapa yang terpikiaq mai selamatkan Pendang, pekan kita yang sepatutnya dah berubah, daerah kita yang patut dah lama naik setakuk lagi.... selain MRSM, Pendang Resort dan susur keluar tol baru, Pendang pi mai pimai dok tang tu jugak.

Salah sapa semua ni jadi macam ni? Salah orang PAS ka? Salah orang UMNO ka? Salah orang Melayu ka? Salah orang Cina dan Siam ka?.... salah sapa? Boleh jadi jugak salah orang Melayu dalam PAS dan UMNO... atau orang Siam...

Ada orang kata.... Tok Man Bedun dulu dah bawak jasa... dia jadi pengerusi MARA dan dia bawa Maktab Rendah Sains Mara.... Kata depa lagi, kalau Tok Man Bedun terus pimpin tentu banyak lagi yang dia boleh bawak. Betui ka lagu tu? Wallahualam.

Orang-orang Tok Rozai pulak kata, masa Tok Rozai la susur keluar lebuhraya Pendang dibuat... senang sikit bila kita nak pi kola lumpo... betui jugak... dan betui ka lagu tu?

Rasanya tak payah la kita cari lagi salah sapa-sapa. Mai la kita sama-sama tengok kat mana yang patut supaya Pendang kita ni selamat.... sejahtera macam kata kerajaan baru kedah.

Dulu orang kata Pendang kurang maju sebab dia jadi kubu kuat PAS.... Tak apa, la ni PAS dah perintah, jadi depa kena la buat sesuatu supaya Pendang ni naik setakuk lagi.

Takat ni la dulu.....

1 comment:

Pak Malau said...

Pendang kurang pembangunan bukan sebab kurang kuasa politik. Tapi sebab kuasa politik yang ada tak digunakan dengan betul. Masa tokman atau masa tok rozai, sama saja. Politik ni sepatutnya kita bercakap semasa pemilihan atau pilihanraya saja, tapi kita berpolitik sepanjang masa. Sepatutnya habis musim politik, kena mula musim kerja. Kerja pemimpin bukannya pi naik nyok atau tulong bawa trekta dibendang.Bukan tak boleh makan kenduri atau pi majlis tahlil, tapi itu bukan kerja kita wakil rakyat.

Kena tubuhkan entiti yang sesuai untuk pacu pembangunan pendang, tak kira la nak bawa pelaburan ka, atau tambah nilai kepada hasil dari pendang. Buat pulak kena sungguh sungguh, kena pi dok cekak pinggang tengok selalu, baru jalan. Bila Hasil pendang dah banyak, aliran duit masuk banyak, maka pembangunan akan mai sendiri. Rumah kedai, rumah kediaman semua akan mai sendiri bila rakyat pendang ada kuasa beli.