Wednesday, June 4, 2008

UMNO Pendang macam nak berubah lagi...

Dalam temubual dengan tvutara.blogspot.com, Tok Man Bedun dah bagi kata putuih dia nak lawan ketua bahagian... maknanya dia nak berkhidmat semula la kat orang Pendang ni. Daripada cakap-cakap yang suku sakat kita dengaq, dia ada harapan cerah... wallahualam.

Cuma yang pastinya satu la... tok man bedun ni jenis boleh masuk dengan sapa saja... dengan orang PAS pun dia boleh bergebang... harap-harap la... kalau la dia jadi balik ketua bahagian Pendang tu... boleh la dia pakat-pakat dengan orang kuat PAS supaya huluq-huluq mai la sama kat sini.

takat ni la dulu....

3 comments:

Unknown said...

Tok Man Bedun lawan la dia duit banyak. tapi dok tengok dia kena kalah kalau orang Pendang ikut gelombang UMNO semasa la ni. Sebar duit bagi orang UMNO perebah calon dosa besar dia kali ni. PRU 11 dia lari balik KL awai macam tu ka nak jadi panglima.

permatabiru said...

Orang umno pendang sampai bila2 pun tak akan berubah, jika asyik nak penuh poket sendiri dulu saja. Bagi duit ambil, sokong belum tentu. tidakkah ini ciri2 rasuah. Lagi satu pendang ni, seolah-olah ketandusan kepimpinan, asyik2 cadang nama tok man, tok rozai, din tahir, najamuddin, lah bahari dan norazam. kita semua dah tau depa ni macam mana, tak bersatu, tak ikhlas dan perjungan dalam umno pun bukan lah hebat sangat pun. tp ahli umno dan ketua2 cawangan pendang macam tak kisah, masih juga calonkan orang2 mcm ni. apa yg mampu depa buat asyik dok bercerita puak nu tak baguih, puak ni baguih, lepas tu pakat dok lepaih geram bawah pokok pukul lima dekat kedai bidi.

Kalau umno pendang betul2 mahukan perubahan. Lupakan nama2 di atas. Carilah muka baru yang fresh, yang boleh buat kerja, tak perlu kaya, ada personaliti, ada pendidikan, dan ada keperibadian. Tok Man dulu pun bukan kaya. ADO cabuk saja. Begitu Tok Rozai bukanlah terlalu hebat sangat. Kalah pilihanraya dah 2 kali dah. Apa dok simpan lagi. Buang saja.

permatabiru said...

orang umno pendang sampai bila tak boleh berubah. masing2 dok pulun penuh kocek sendiri sj. cuba2 la cari orang lain yang takdak duit, tp boleh beri khidmat, yg ada pendidikan sikit. ni asyik2 org yang sama,dari dulu kini dan selamanya asyik2 tok man, tok rozai, din tahir, najamudin, lah bahari dan norazam. org2 tu semua dah tak boleh pakai dah,dah condem. ada seorang tu yg masa pilihanraya dan masa pemilihan saja baru nampak muka, nak jadi calon konon. tp pernah satu masa tak dapat jadi calon campak poster dlm sungai cegarm, sapa pun tak tau. ada sorang tu pulak hanya pentingkan kontrak umno. himpun kekayaan utk diri sendiri sj. kot2 ada duit nak sumbang utk program umno, haram. yg sorang tu dok jadi naib ketua la ni, tp haram satu benda pun tak tau buat. duduk buat kematu sj. kesimpulannya umno pendang kalau tak mau kalah lagi nak pembaharuan dan perubahan, mestilah berani utk menolak kesemua pemimpin diatas. beranikanlah cari pemimpin baru yg lebih berkaliber dan mampu memimpin ahli umno ke era jaya.