Monday, June 9, 2008

Masih lagi kisah sapa nak jadi ketua pemuda pendang...

Seseorang memberitahu saya bahawa Wadi sudah melebihi umur untuk jadi ketua pemuda. Ok, nampaknya dia tak bolehlah nak bertanding.

Ada yang tanya bolehkah Pak Tam menang kalau tanding ketua pemuda. Saya jawab, mungkin boleh menang, tapi perjalanannya jauh dan sukar. "Kenapa?" tanya kawan itu.

Ada banyak sebabnya. Pertama, dia selama ini dilihat sebagai orang dan anak didik Rozai. Kedua, kalau Wan Adas lawan, Wadi akan kerja kuat nak bagi Wan Adas menang.

"Apa kaitannya Wadi dengan Wan Adas?" tanya kawan tu lagi. Letih jugak nak layan kawan ni sebab saya bukannya ada apa-apa kaitan pun dengan jawatan ketua pemuda umno pendang ni, tapi sebab nak tunjuk yang saya pun tau politik pendang, saya pun bagilah analogi saya.

Wadi anak saudara Cikgu Shukri Tobiaq dan ada kena mengena dengan Pak Teh Jelani, satu masa dulu orang kuat umno pendang. Cikgu Shukri tu pulak kahwin dengan anak saudara ibu Wan Adas, maksudnya Cikgu Shukri (bapa sedara Wadi) adalah anak sedara menantu kepada ibu Wan Adas. Jadi depa ada pertalian saudara. Jadi, takkan la Cikgu Shukri dan adik beradik yang 'sewaktu' dengan depa nak biaq Wan Adas pulun sorang-sorang. Lagi pulak, Cikgu Shukri ni janganlah pulak kita lupa yang dia adalah orang kuat Tok Man Bedun.

"Jadi Pak Tam tak ada harapanlah?" tanya lagi.

Saya jawab. Bukan tak ada harapan, dalam politik semua boleh jadi. Cuma Pak Tam kena la kerja kuat. Dia kena berdiri atas kapasiti dirinya sendiri. Dia perlukan bantuan kawan-kawan lama dalam politik umno pendang. Antara orang yang boleh dia minta bantuan ialah Saudara Razak Khamis. Tapi jangan pulak lupa, Cikgu Shukri ni adalah guru kepada Razak Khamis satu masa dulu. Kalau cikgu shukri minta tolong kat Razak Khamis, takkan dia nak kata dak kot.

"Macam tu ka..." kata kawan tu.

Takat ni la dulu....

3 comments:

Unknown said...

Nampaknya politik pendang akan ke belakang semula. Jawatan ketua pemuda perlu orang yang ageresif bukannya politikus. Imej tanpa ketelusan menyebabkan UMNO Pendang tewas dua penggal berturur-turut,

Unknown said...

Mai la sembang. Nampaknya Pak Tam sesuai jadi ketua pemuda. Dia pejuang sejati UMNO dan tak pernah belot. Depa kata Adass dan Wadi 2004 pangkah PAS. Cikgu Shukri sifu Razak dah nyanyuk pangkah PAS 2008. Eloklah depa pangkat ikut Wom masuk ADIL. Pak Tam maintain. Selamat maju jaya Pak Tam.

DukeOfUMNO said...

Pak Tam lagi? buleh menang ka dia? aku takut Akrom menang tanpa bertanding jaaa....bukan apa...maklumat risikan aku mengkhabaqkan bahawa Akrom masih mendahului pilihan sebagai KP Pendang...ishhh...hehhehhe.... Selamat maju jaya pada semua calon!