Monday, June 9, 2008

Apa dah jadi dengan orang pendang?

Kelmarin saya dapat satu cerita dari Kubuq Panjang. Ni kisah orang kampung. Kisah yang besa kita dengaq, tapi tak patut kita biaq. Alkisahnya yang dikisahkan kepada saya, kisahnya macam ni.

Ada seorang yang ada title ustaz buat kenduri. Maka dipanggei la orang-orang datang jamu selera lepas jumaat. "Baguih la tu buat kenduri bagi orang ramai makan, banyak pahala tu" kata saya.

"Baguih apanya pulak... aku tak habih cerita lagi ni," tingkah kawan yang bawak cerita tu. Saya sengih saja la. Lalu dia sambung.

"Yang heran tu pasai apa dia tak habaq sama kat jiran yang jauhnya selang pat lima buah rumah saja dengan rumah dia. Yang aku tau, ikut Islam kalau kita buat kenduri, 40 rumah jiran-jiran di sekeliling rumah kita, kita kena panggil. Nak kata dia tak tau dia tu ustaz." Bersungguh-sungguh dia bercerita.

Tanya saya, "Apa salahnya kalau dia tak ndak panggil jiran dia tu? mana ada undang-undang tentang perkara tu."

"Tak salah la pada undang-undang negara, tapi kita kena jaga hati jiran. Bila kita tak panggil depa, tentu depa tertanya-tanya, pasai apa dia tak dijemput, sedagkan orang lain semuanya dijemput. Dia tentu terasa hati, silap-silap tiduq tak lena dok pikiaq pasai benda tu. Dan dalam ramai-ramai jemputamn tu, tentu ada yang tertanya-tanya pasai apa jiran tu tak mai. Silap-silap boleh timbui fitnah."

Mungkin ada pengunjung yang menyoal, kenapa cerita ni dimasukkan ke blogpendang. Sebabnya saya terpikiaq bahawa blog ini bertajuk "Selamatkah Pendang". Jadi kalau ada rakyat Pendang yang rai jiran dia macam tu, tentu lama-kelamaman pendang tak akan selamat. Kalau ada pilih-pilih dalam nak panggil makan kenduri, jawabnya tak akan amanlah jiwa antara jiran dengan jirannya.

Bagi saya la, bila nak buat kenduri, yang utama untuk kita panggil ialah anak-anak yatim, orang-orang susah yang makan malamnya belum tentu ada, jiran-jiran terdekat tanpa kecuali tanpa mengira fahaman dan parti, orang-orang alim. Malangnya, amalan kenduri yang kita buat hari ni, orang yang kita jemput tu kita bagi keutamaan kepada orang yang ada nama, ada pangkat, kroni kita, yang sebulu dengan kita dan yang apa-apa dengan kita lagi lah.

Hal macam ni tak boleh dibiarkan, apatah lagi oleh orang-orang yang bergama Islam dan memperjuangkan Islam.

Saya nak tambah sikit cerita jemput orang makan kenduri ni. Saya ada seorang kawan, yang sebenaqnya ada hubungan saudara juga dengan dia. Dia duduk di kg pondok, kubuq panjang. Dan dia bukan ustaz. Bila dia buat kenduri, dia akan sampaikan jemputan kepada empat masjid di sekeliling kampung pondok, iaitu masjid Kubuq Panjang, masjid Pokok Pauh, Masjid Perupuk dan Masjid Bendang Raja. Jadi sapa-sapa yang pi masjid, maka mereka adalah jemputan kenduri kawan saya tu. Ha, puas hati. Jadi sapa-sapa tak pi sembahyang jumaat maka tak boleh la nak terasa hati sebab tak dijemput.

Moral of the kisahnya ialah, kalau anda nak buat kenduri, maka pastikan 40 jiran-jiran sekeliling kiri kanan depan belakang rumah anda tak terkecuali dan utamakanlah orang susah kerana Rasullullah berkata, "barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia menghormati (berbuat baik) kepada jiran tetangganya."

Bukannya apa, takut nanti di Mahsyar malaikat tanya, "pasai apa hang tak jemput si polan si polan jiran hang mai makan kenduri hang?" Apa gamaknya kita nak jawab?

Takat ni la dulu...

9 comments:

mn said...

1. Hangpa ni yang aku tak bekenan nie?

2. Awat takut sangat nak bubuh nama penuh dan rupa paras?

3. Kalau awai-awai lagi dah tak berani nak bagitau nama dan rupa..macam mana nak cerita kebenaran?

http://sukj.blogspot.com

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Selamatkah Pendang??.. Apa dah jadi dengan orang Pendang???...

1. Bangsa mana yg paling ramai di Pendang?? Melayuuu...

2. Agama apa yang paling ramai umatnya di Pendang?? Islammm...

3. Siapa Imam Besar Islam Ada Had Ada Hari?? BODOlahhh...

Kesimpulan:

a. Pendang selamat, yg tak selamat Melayu Islam Pendang...

b. Orang Pendang dah tak bersatu berpegang pada Islam yang sebenar.

c. Orang Pendang mengikut ajaran ada had ada hari.

Tu pun masih dok berebut jawatan, tak sedaq-sedaq & tak mau nak fikir masa depan anak-anak.

Cuba berani bersatu bersuara pasal tekanan hidup org Pendang dengan kenaikan harga barang sekarang ni.

Unknown said...

sdr su-kj,
bukan tak berani... tapi takut bila depa kenai, depa pulak tak berani nak cerita... tu yang kita takut tu. Kita pi melilau sana sini tengok suasana kampung dan pekan di pendang ni, lepas tu sengap-sengap kita bubuh kat sini... tapi insyaallah satu hari nanti... kalau dah ramai sangat paksa suruh pekenai, macam depa paksa paklah turun tu, mungkin kena la pekernai... Apa-apa pun, terima kasih daun keladi pada sdr kerana sudi jenguk dan komen. Kami pun selalu jugak pi jenguk kat su-kj tu... wassalam dr Orang Besa.

Unknown said...

Hormat balik kat samlgk, pasai ada had ada hari tu rasanya kita tak payah risau sangat la ni sebab tak lama lagi, dia tak akan ada had lagi dah sebab had dia dah nak habih.

Pendang mungkin tak selamat jugak kalau orang-orang dia tak selamat.

Islam sebenaq hanya akan mai bila orang-orang melayu islam dalam pas, umno, pkr dan ataih pagaq boleh duduk semeja tepuk tampaq begebang sakan.

Islam sebenaq akan mai bila kita semua buat kenduri kita pangge sapa-sapa saja tak kira warna kepiah dan ketayap.

Rasa-rasanya macam tu lah kot.

Tokmad Gasak said...

Satu permulaan yang baik, paling kurang kita nak tau jugak apa dok berlaku kt Pendang. Tahniah laa..good start dari hangpa.
Tokmad Gasak.

Unknown said...

Orang pendang dah lama kena tipu. Hanya nampak martafurgana ( sinar matahari pada waktu tengahari ). Kalau Tok Man Bedul tak khianat UMNO pasti menang. Walaupun Tok Rozai depa kata penyu dok tengok buat kerja bersungguh-sungguh. Tapi kalau guna duit hasil dalam perjuangan menjatuhkan UMNO bukan Pak Lah tapi Tun pum mampuih.

yon75 said...

tahniah pasai pendang dah ada blog...aku org pendang, dun sg tiang, kg pdg durian...tp dh lama berhijrah cr rezki kat Penang..masih dok follow suansana politik pendang ni..tp tiba election masih blk kg...!agak terkilan krn pendang satu2 dareah yg takdah bomba dn hospital..pernah aku tulis kat akhbar BH,UM, Harakah,tp hasilnya hampeh...nak kata sbb kaw pembangkang, cuma br dua penggal..zaman man bedoi jd ap merangkap Su JPM, taktau lah dia buat apa..la ni dia nak buat comeback pulak,,,slsaikan masalah ni dulu tok man no...

Aisy Faris & Aisy Fitri said...

kalau kes macam ni biasanya politik.. buat generasi baru , jangan jadikan politik sebagai pemisah bangsa ... banyak lagi isu yang perlu diberi tumpuan antaranya masaalah orang melayu yang semakin ketinggalan ... masaalah pegangan orang islam yang yang semakin musnah ... fikir-fikirkanlah ...rindunya nak balik pendang

BOSANNYER said...

assalamualaikum saudara

kenapa kalau tak panggei makan kenduri kita di tuduh ikut parti...kalau benda lain yang UMNO buat takpa...sekolah agama rakyat tak bagi bantuan takpa...nak buat pinjaman tekun kena isi borang UMNO takapa....jkk UMNO bagi duit mangsa banjir kat adek beradek depa takpa...macam2 lagi la kalu nak sebut...jgn jadi katak bawah tempurung...